+Follow | Dashboard
//Pretty-Licious

fikir sendiri
Wednesday, March 21, 2012
ASSALAMUALAIKUM


kita dah sama-sama since kita form 2 lagi. kita lain sekolah jauh rumah tapi kita selalu dekat kan? dulu masa kita rapat awak selalu ganggu saya, buli saya, tapi awak selalu puji saya comel bila saya merajuk atau marah. bahagia sangat bila dekat dengan awak. satu hari tu awak tiba-tiba janji takkan tinggalkan saya and nak lamar saya bila kita dah habis sekolah and awak dapat kerja yang bagus. masa tu saya rasa mcm saya orang paling penting. even kita gaduh tapi awak selalu sabar and selalu sayang saya. awak cakap "awak satu dalam sejuta" . terima kasih sebab ajar saya menyanyangi dan mencintai mahluk yang bergelar adam. 

bila kita dah habis sekolah awak dapat keputusan cemerlang and saya pun. kita bawak haluan tapi kita still di panggil "in a relationship" tp tak sama mcm waktu zaman kita sekolah dulu. awak lebihkan masa awak dengan kawan awak berbanding dengan saya. awak selalu sibuk....

saya cuba tahan hati saya, saya sabar tunggu tibanya masa awak jadi mcm dulu. saya call awak setiap hari, msg awak tapi harapan tinggal harapan. awak tetap sama sampai lah satu haritu saya kena belajar dekat over sea. saya ingat awak akan ada banyak masa lebih dengan saya. tp sayangnya, awak tak kisah langsung, sikit pun tak. awak makin sibukkan diri awak. gaya macam awak suka saya pergi jauh dari hidup awak..

malam sebelum saya pergi, saya tabahkan hati saya, berdoa dan berserah pada segalanya pada Allah. hati saya benar.. hati saya sudah begitu tawar dan kecewa. saya hantar text dekat awak sebab saya tahu bila saya call awak, takkan awak jawab.. saya hantar text dekat awak ...

"saya rasa awak suka saya pegi dari hidup awak. saya rasa inilah yang awak harapkan dari saya sebenarnya kan? jadi saya dah fikir masak-masak. memang sakit tapi inilah rasanya jalan terakhir bagi saya dan saya bersedia menghadapi kesakitan yang ini berbanding di pinggirkan oleh awak. saya rasa kita cukupkan hubungan kita sampai sini. saya sayangkan awak tapi awak yang buat hati saya tawar. awak yang kecewakan saya dan awak yang buad saya hancur. jadi apa lagi saya boleh harapkan dari awak kalau setiap hari awak habiskan masa bukan dengan saya? dan awak jauh berbeza dari yang dulu. saya tak mahu hati saya terus-terus sakit, saya tak mahu perasaan saya di pijak. saya tahu segala takdir sudah di tentukan. sayang awak juga mungkin bukan pada saya lagi. sedihnya saya, sakitnya saya cuma Allah yang tahu. jadi saya akan pergi jauh dari awak. biarlah saya mengalah dengan keadaan. biarlah saya yang berundur dari hidup awak. saya datang dlm hati awak dgn cara baik jadi saya rasa saya harus pergi juga dengan cara baik. terima kasih atas segala memori yang telah awak warnakan dalam minda saya. yang takkan mungkin saya lupakan dengan masa yang singkat. atau mungkin sampai bila-bila? carilah perempuan yang lagi sempurna dari saya. carilah cinta sebagaimana yang awak mahukan. pergilah sayang, saya relakan segalanya. tapi mungkin tempat awk di hati saya takkan saya isikan sehinggalah saya yakin untuk membuka tempat awak untuk org lain di hati saya. ampunkan semua salah saya. halalkan segalanya yang awak berikan. InsyaAllah suatu hari nanti kita pasti jumpa lagi. jaga diri. assalamualaikum"

lepas je saua hantar text tu. saya menangis sepuas-puasnya. saya off phone saya. takut. takut nak tengok respond awak mcmana. saya tak on phone saya langsung dari malam tu sampai lah sebulan lebih saya dekat negara orang. satu hari lepas solat isya', tergerak hati nak on number phone saya. terasa macam ada sesuatu saya kena tahu. saya tak takut lagi kalau-kalau ada balasan dari awak. sebab saya boleh hadapi segalanya dengan tenang. Alhamdullilah :) bila saya on number tu.......





NEXT ENTRY LAH K :) 

Lots Of Love
SueSmsl


<< Older | Newer >>

Bonjour Fellas *_*




Bonjour fellas! Welcome to my Entries..Thanks for visited..Know all about About..nice to meet you. I love my Friends and my family..


Talking Talking *_*




Credits Section *_*

Skins : Aina Syaza
Helped Moha
Image : We Heart it
Best view : Google Chrome


Copyright 2012. All right reserved by SUESMSL. Power by Blogger