+Follow | Dashboard
//Pretty-Licious

Loves.....
Saturday, June 30, 2012
ASSALAMUALAIKUM


saya tak tahu samada ini betul atau tak. mungkin ada setengah kata ya. setengah kata tak. terpulang pada pandangan masing-masing okay :)

perempuan bila dia lemah. dia cuba, dia cuba kuat. sekuat yang mungkin. dan yang pasti perempuan taknak menangis. kalau perempuan tak dibekalkan air mata untuk mengubat luka dalam hati pasti dia jadi seorang perempuan yang sama mcm lelaki. ego tinggi dan takkan menangis hal yang remeh. tapi bukan perempuan. kaum wanita lain. dia istimewa :) buktinya? semasa kecil, dia dijaga dan dilindungi oleh ayah dan selepas dia berkhawin dia dijaga oleh lelaki juga tetapi lelaki itu suaminya :) betapa sayangnya Allah pada kaum wanita. jadi kenapa lelaki masih takpernah nak mengerti?

ya, memang ada perempuan yang sangat kuat terlalu kuat. tapi dalam diam, hati dia dah betul2 menangis. hati dia betul2 hancur. kita takkan tahu disebalik senyumannya, disebalik gurauannya. tersimpan seribu rasa dalam jiwa.. semua perempuan berhati lembut. sebab? dia mempunyai satu sifat, sifat keibuan :) satu hari nanti dia akan menjadi ibu. akan menyayangi anaknya dengan sepenuh hati. jadi? takada perempuan yang hatinya akan selamanya keras mcm batu

lelaki.. cuba lah selami hati sang perempuan. kenali dia baru lah cakap "saya sayang awak" tapi bukan cuma untuk sementara, tapi untuk selamanya. lafaskan lah "saya nak awak jadi isteri saya yang sah dunia akhirat" pasti sangat pasti perempuan itu jauh lagi gembira daripada lelaki sebut "saya nak couple dgn awak

bila perempuan menangis, bukan sebab dia lemah. ingat, bukan sebab dia lemah! tapi sebab dia penat, dia letih untuk bertahan lagi. dia inginkan kekuatan yang baru. dia basuh semua luka dalam hati dia dengan menangis. tanya lah semua perempuan dalam muka bumi ini, selepas dia menangis apa yang dia rasa? dia akan rasa sedikit lega, sedikit lapang berbanding sebelumnya. mungkin tak semua tapi pasti sedikit itu ada :) 

wahai tuan tulang rusuk, 
hargai lah tulang rusuk kiri mu. sungguh, tanpa tulang rusuk kiri mu pastinya kamu tidak akan sempurna. kamu perlukan tulang rusuk kiri mu. jadi, bila ada yang mencintai kamu sekarang, bila ada yang mengasihi kamu sekarang, bila ada yang menjaga kamu sekarang, hargai dia. berdoalah pada Allah SWT untuk keredhaannya. untuk rahmatnya. kerna? dia yang menentukan kita cuma merancang. jadi mohon lah pada Allah, tak salah kita memohon, tak salah kita berdoa kerana kita tahu Allah itu Maha Pemurah :)

apa yang perempuan inginkan. hargai dia. hargai dia sepertimana dia menghargai orang-orang yang dia cinta. perempuan cuma ingin dilindungi. bukan disakiti. perempuan cuma ingin menumpang kasih, bukan dipermainkan. tulang rusukkan dekat dengan lengan dan hati? maka perlu dilindungi dan disayangi :)

tolong lelaki, tolong lihat hati perempuan yang mencintai kamu. lihat matanya, lihat hatinya. lihatlah dari sinar matanya. ada sinar kasih sayang. lihatlah hatinya, ada sinar ketulusan. sungguh, bila perempuan sudah jatuh cinta. maka dia mencuba untuk menjaga cintai itu. bertahan selagi mampu. kuat selagi boleh. jangan menyesal bila kamu akan kehilangan seseorang yang begitu menyayangi mu. begitu berharap kamu lah imamnya. jangan pernah menyesal bila perempuan sudah tawar hati dan menutup pintu serapatnya untuk awak. 

perempuan takkan boleh lupakan cinta yang betul-betul dia jaga walaupun ketika itu dia kehilangan cintanya. perempuan takkan mampu bertahan selamanya kuat bila kehilangan cinta yang dia jaga. percayalah lelaki, bila perempuan kata "saya sayang awak dan cuma awak yang sayangkan. saya nak awak jadi imam saya" maka itu adalah tulus dari hatinya. tulus dan sangat tulus. belajarlah menghargai seseorang sebelum terlambat. belajarlah setia sebelum kita menyesal. belajarlah kerana kita tak mungkin akan selalu mendapat peluang kedua :)

dan yang terakhir, jangan biarkan hati kita terus hanyut dalam zina hati wahai manusia akhir zaman :) ingatlah ada bermacam zina. belajarlah untuk mengetahui zina yang telah Allah tetapkan. mungkin, kita akan dirahmati dan diberkati. insyaAllah, amin :) dan saudara perempuan saya, ingat ni sampai bila-bila tau? Allah turunkan hujan dan kilat. dan menyembunyikan matahari. sebab? Allah nak tunjukkan kita pelangi yang sangat indah :) ingatlah lepas kesedihan pasti ada kegembiraan. bersabarlah, kuatkan hati :)



dah? okay thanks baca tauu :) kalau ada apa-apa comment hantar cbox je k? insyaAllah saya terima dengan hati terbuka ;) bye Assalamualaikum!









Lots Of Love
SueSmsl

<< Older | Newer >>

Bonjour Fellas *_*




Bonjour fellas! Welcome to my Entries..Thanks for visited..Know all about About..nice to meet you. I love my Friends and my family..


Talking Talking *_*




Credits Section *_*

Skins : Aina Syaza
Helped Moha
Image : We Heart it
Best view : Google Chrome


Copyright 2012. All right reserved by SUESMSL. Power by Blogger