+Follow | Dashboard
//Pretty-Licious

the way i am
Thursday, August 16, 2012
ASSALAMUALAIKUM


saya taktahu apa mimpi saya malam ahad tu sampai hari isnin tu saya kena penyakit sawan mana entah datang. sumpah pelik pastu perit gila rasa dia. tak tipu. kenyataan. 

nak tahu sakit apa? hari isnin tu bangun petang sampai lah ke malam sampai lah ke sahur tak tidur. waktu tidur saya jadi tak menentu. rasa mcm apahal pulak jadi mcm tu kan? sumpah hari selasa pergi sekolah pun saya tak ngantuk dalam kelas. tak pernah seumur hidup mcm tu. ehey, scary gila. tapi sekarang okay kot. insyaAllah.


untuk berapa hari ni sepanjang bulan puasa. tumpuan mmg pada ibadah. banyaknya dosa rasa mcm terbeban. mengaku, dalam masa menjauhkan diri ni setiap hari berdoa agar Allah tunjukkan jalan. pimpin hati ni ke pangkal jalan. lindungi hati ni dari terus terseksa. sumpah, sakit. payah. memang payah. rasa mcm tenat gila. subahanAllah susahnya nak lupakan org yang selalu kita sayang even sesaat pun. 

seriously, saya cuba sebaik mungkin. sehabis mungkin untuk terus bertahan even tho saya tahu yang saya tak kuat mana pun. ye, semua cakap awak kuat boleh hadapi semuani. tapi saya hamba Allah. lemah. boleh terjatuh bila2 pun. 

saya tak pernah benci sesiapa pun dalam hidup ni. tak pernah nak berdendam. memang sakit hati tapi lagi takut dosa dgn Allah. takapalah tanggung rasa sakit hati ni. pendam dan sabar. insyaAllah satu hari nanti dapat lah rasa nikmat sabar tu.. 

saya tahu saya tak layak pun dipandang mulia. sama mcm someone tu cakap. saya sama je dengan dia. saya tak baik pun sebenarnya.. tapi kalau dah Allah nak yang jahat pun boleh jadi lagi mulia dari yang baik. 

saya mengaku saya masih simpan rasa sayang tu. memang sayang. sebab dulu saya cuba sehabis baik jaga hubungan saya kekal dengan dia. tapi siapa saya nak melawan takdir Allah? saya kena kuat even mcmana pun payah dia. sbb masih ramai yang perlukan saya. masih ramai yg sayangkan saya, yg perduli pasal saya. masih ramai.....

saya akan menangis bila waktunya saya rapuh dan tak kuat. sumpah berlakon menjadi kuat bukan sesuatu kerja yang mudah. perlukan pengorbanan. 

saya taknak lagi ada dalam keadaan mcmni. saya kena move on. takada kebahagian kalau tak diiringi dengan kesusahan dan takkan ada kesusahan kalau tak diiringi dengan kebahagian. saya nak jadi hamba Allah yang mampu berdiri atas kaki sendiri. yang mampu menghadapi pelbagai dugaan dengan tersenyum. 

ya Allah, mohon kekuatan hati. ya Allah, mohon perlindungan Mu. 





maaf.. ini lah saya yang sebenarnya. saya kuat dan ada masanya saya akan menjadi lemah. demi Allah, hati ini sedang mencuba. meraih ketenangan yang maha tenang...















Lots Of Love,
SueSmsl












<< Older | Newer >>

Bonjour Fellas *_*




Bonjour fellas! Welcome to my Entries..Thanks for visited..Know all about About..nice to meet you. I love my Friends and my family..


Talking Talking *_*




Credits Section *_*

Skins : Aina Syaza
Helped Moha
Image : We Heart it
Best view : Google Chrome


Copyright 2012. All right reserved by SUESMSL. Power by Blogger