last entry about you
Monday, December 17, 2012
Assalamualaikum
hi everybody. it will be my last post and my last entry. so yeah. i'll not update anything until i habis sekolah. another one year and i need to struggle anything and everything. my result is so brahhhh. okay whatever lets start.
hi awak, my dearest ex boyfriend. *sorry taknak tulis nama
its okay if awak nak salahkan saya. awak nak cakap semuanya salah saya. awak nak cakap sebab perangai saya ini itu ini itu. dekat sini saya boleh berfikir dengan bernas, yang awak takboleh terima saya seadanya dan dengan hati yg ikhlas :) klau ikhlas dan tulus, saya buat salah besar mana pun mesti awak boleh tahan kan? kalau betul awak sayang saya, awak takkn mudah jumpa pengganti saya. kalau betul yg awak setia, awak akan tunggu saya smpai saya balik dari indonesia. ye saya tau awak dah dewasa, jadi fikirkan lah apa yg saya cakap :)
ye, saya sakit sebab orang yang paling saya sayang, tinggalkan saya untuk kesekian kalinya. dan yang paling sakit bila dia letakkan semua salah atas saya. tapi. tapi itu dulu. waktu mula-mula saya ditinggalkan. sekarang? saya bahagia. saya lepas dari dosa..
demi Allah, saya menyesal pernah jumpa awak. sebab? awak sendiri tau kenapa saya menyesal. kita dua tahu. saya mcm anak patung yang diperbodoh-bodohkan. takapa, semua janji awak pasal nak jadikan saya isteri awak... saya dah lupakan. sbb saya pun tak rela ada suami mcm awak :) sebab?
awak dah sakitkan saya banyak kali, awak minta maaf dan saya terima. banyak kali. dan at last? saya di buang lagi dan lagi. mcm sampah. awak buang, awak kutip. but sorry untuk yg kali terakhir. saya memang betul-betul move on. saya takkan jadi bodoh mcm dulu. move on dan patah balik. tak, saya takkan mcm tu lagi.
memang saya menangis masa mula-mula awak lepaskan saya. tapi bila saya fikir-fikir. mmg awak bukan lelaki yg tercipta untuk saya. sebab? awak tak bimbing saya ke arah yg sepatutnya :)
hampir sebulan kita berpisah. dan Alhamdulillah, saya hampir berjaya lupakan awak. saya dah tak ingat suara awak. saya dah tak ingat number awak. dan yg paling membanggakan, saya dah lama taktau perkembangan awak atau "stalk" awak. syukur ya Allah, saya hampir berjaya. rasa mcm nak buat sujud syukur bnyak kali.
selama kita berpisah, saya bukan sue yg dulu lagi. yg kuat menangis. yg suka fikir bukan-bukan. yg suka tuduh yg bukan-bukan. saya jadi sue yg baru. yg cuma fikir benda yg sepatutnya difikir. dan saya, lebih suka ketawa dari menangis dan termenung.
saya bahagia bila dengar awak bahagia :) Alhamdulillah awak mampu bahagia wlau tak dengan saya. takadalah saya risau lagi kan? saya pernah cakapkan yang awak cinta terakhir saya? lelaki terakhir dlm hidup saya? ternyata saya salah. cinta terakhir saya cuma Allah dan lelaki terakhir itu maksudnya, lelaki terakhir dlm zaman jahiliah saya :)
saya takkan pernah muncul lagi dalam kehidupan awak. maknanya apa2 yg berkaitan dengan awak, rapat dengan awak, hidup dengan awak, saya takkan ganggu :) sbb saya taknak jadi perosak kebahagian org. cukuplah dulu org buat dekat saya, saya taknak jadi mcm tu :)
saya minta izin nak buang semua kenangan kita. saya minta izin nak padam semuanya tentang kita. maafkan segala salah silap saya. maafkan kalau ada janji yang saya gagal tepati. maafkan saya atas segala luka yg pernah saya tabur dlm hati awak. dan tolong, halalkan apa yang awak bagi sebab saya dah halalkan semuanya apa yg saya bagi dan saya dah maafkan atas semuanya yg perlu dimaafkan.
terima kasih atas segalanya. terima kasih sebab pernah curahkan ilmu dekat saya. terima kasih sebab pernah jaga saya. terima kasih sebab pernah sayang dan cintakan saya. terima kasih, awak :)
semoga bahagia selalu. semoga hidup awak selalu dirahmati dan diberkati. Amin.
jaga diri, jaga iman :) assalamualaikum..
the way i am
Thursday, August 16, 2012
ASSALAMUALAIKUM
saya taktahu apa mimpi saya malam ahad tu sampai hari isnin tu saya kena penyakit sawan mana entah datang. sumpah pelik pastu perit gila rasa dia. tak tipu. kenyataan.
nak tahu sakit apa? hari isnin tu bangun petang sampai lah ke malam sampai lah ke sahur tak tidur. waktu tidur saya jadi tak menentu. rasa mcm apahal pulak jadi mcm tu kan? sumpah hari selasa pergi sekolah pun saya tak ngantuk dalam kelas. tak pernah seumur hidup mcm tu. ehey, scary gila. tapi sekarang okay kot. insyaAllah.
untuk berapa hari ni sepanjang bulan puasa. tumpuan mmg pada ibadah. banyaknya dosa rasa mcm terbeban. mengaku, dalam masa menjauhkan diri ni setiap hari berdoa agar Allah tunjukkan jalan. pimpin hati ni ke pangkal jalan. lindungi hati ni dari terus terseksa. sumpah, sakit. payah. memang payah. rasa mcm tenat gila. subahanAllah susahnya nak lupakan org yang selalu kita sayang even sesaat pun.
seriously, saya cuba sebaik mungkin. sehabis mungkin untuk terus bertahan even tho saya tahu yang saya tak kuat mana pun. ye, semua cakap awak kuat boleh hadapi semuani. tapi saya hamba Allah. lemah. boleh terjatuh bila2 pun.
saya tak pernah benci sesiapa pun dalam hidup ni. tak pernah nak berdendam. memang sakit hati tapi lagi takut dosa dgn Allah. takapalah tanggung rasa sakit hati ni. pendam dan sabar. insyaAllah satu hari nanti dapat lah rasa nikmat sabar tu..
saya tahu saya tak layak pun dipandang mulia. sama mcm someone tu cakap. saya sama je dengan dia. saya tak baik pun sebenarnya.. tapi kalau dah Allah nak yang jahat pun boleh jadi lagi mulia dari yang baik.
saya mengaku saya masih simpan rasa sayang tu. memang sayang. sebab dulu saya cuba sehabis baik jaga hubungan saya kekal dengan dia. tapi siapa saya nak melawan takdir Allah? saya kena kuat even mcmana pun payah dia. sbb masih ramai yang perlukan saya. masih ramai yg sayangkan saya, yg perduli pasal saya. masih ramai.....
saya akan menangis bila waktunya saya rapuh dan tak kuat. sumpah berlakon menjadi kuat bukan sesuatu kerja yang mudah. perlukan pengorbanan.
saya taknak lagi ada dalam keadaan mcmni. saya kena move on. takada kebahagian kalau tak diiringi dengan kesusahan dan takkan ada kesusahan kalau tak diiringi dengan kebahagian. saya nak jadi hamba Allah yang mampu berdiri atas kaki sendiri. yang mampu menghadapi pelbagai dugaan dengan tersenyum.
ya Allah, mohon kekuatan hati. ya Allah, mohon perlindungan Mu.
maaf.. ini lah saya yang sebenarnya. saya kuat dan ada masanya saya akan menjadi lemah. demi Allah, hati ini sedang mencuba. meraih ketenangan yang maha tenang...
Lots Of Love,
SueSmsl
I'm done w all of this
Tuesday, August 7, 2012
ASSALAMUALAIKUM
so are you happy with all of this? puas? bangga? well awak rasa semuanya sebab awak takada perasaan. saya tak marah. tak rasa apa2 pun awak. i still can smile like i always do before. i can still stay strong even tho its not easy at all. but okay, i'm trying. i'm done with all of this shit things. thank you aaaaaaaaaaaa lot ah en. terharu sangat.
bosan. bosan bila saya menghargai seseorang tetapi saya tak dihargai selayaknya saya. tak mintak demand apa2 pun. saya cuma mintak dihargai. susah ke? bro, tak senang okay nak kekalkan hubungan sampai 1tahun 10 bulan. ada orang baru berapa bulan dah kecundang. kita dah setahun lebih. dah hadapi beribu2 hari sama2. takkan tak boleh nak faham hati saya? come on lah. saya sayang awak. but why should make me feel so shit like this? i mean... kecewa.. so okay. whatever.
and nah. i feel like. stop ah cerita pasal dia. tak best. mana feel en? rahsia tetap rahsia. eh? okay. everyone dekat twitter knows that i "BWOKEN HEWRTS" ohhhmaigerts. sangat~ semua tensi dengan tweet saya malam tu. wat lek wat peace. i'm okay. cuma malam tu saya stress gila sbb kena tuduh mcm2. like hell. situation waktu tu mmg mcm ya Allah panas gila. semua badan panas. but okay, pagi tu terus okay. don't worry. haha. so thank you for those yang worries gila en smpai tweet without mention. bukan nak jadi attention seeker. tapi memang malam tu emo habis. jangan tuduh saya okeng bebi gurl? okay ;)
oh one more thing. monthsary kali ni adalah yang PALING TERUK serious no joke. biasa tak sabar en nak sambut monthsary. tapi malam monthsary tu jugak. aku jadi janda bertauliah. kahkahkah. okay tak gurau :) apa apa apa? jangan ah pandang centu. saya gurau je. manada jadi janda lagi. kawin pun tak. mana boleh guna gelaran janda lagi en? tak baik. haha k dah. saya comel. bye!
and ha! saya tak active sangat blog dgn fesbukk. saya active dekat twitter. moh le kita sama2 sembang dekat sana eh ;) Search : @srytsmsl
and you! thanks reading. pray for me untuk terus kuat menempuhi hari. okay? thanks love :* assalamualaikum! bye
Lots Of Love,
SueSmsl
this life
Sunday, July 29, 2012
ASSALAMUALAIKUM
"Jodoh itu rahsia Allah"sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita menunggu, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima kekasih kita.. jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita, kita tetap tidak akan bersama dengannya..
baca ayat dekat atas? ayat tulah yang selalu saya pakai bila hati tersakiti dan merindui ataupun menunggu hingga hampir hilang rasa sabar. kadang pernah terfikir "mungkin Allah tunjukkan yang aku bukan jodoh dgn dia" tp hati selalu keras untuk biarkan dia pergi. saya rasa makin lama saya serahkan semuanya pada Allah. saya malas penat nak layan perasaan. sebab skrg saya lebih suka diamkan diri. sebab bila saya menjawab, saya mengeluarkan ayat yang mmg org tu akan sakit hati gila. jadi lagi baik saya diam bila ada yang cuba bermain dgn kesabaran saya. yg pasti orang itu kekasih hati saya didunia. Addie Danial
maaflah, saya memang suka diam sampai buat awak rimas sbb rasa disia-siakan. tapi fikirlah kenapa saya diam. takkan saya nak diam kalau kita tengah diulit kebahagiaan kan? awak tahu, saya rindukan kita yang dulu. mula memang saya benci. saya benci dengan keadaan yang dah ubah segalanya. tapi ini lah hidup. kadang kita ada di atas. kadang kita ada di bawah.
sekarang saya lagi suka diam. saya lagi suka mengalah daripada berbalah. sebab saya dah penat. penat zahir dan batin. banyak masalah yang datang. banyak ujian yang datang satu persatu. takada siapa pun yang faham even kawan rapat sendiri. saya lagi suka pendam segala rasa dan mengadu pada Allah.
tentang pandangan orang terhadap manusia mcm saya...
memang, saya memang tak baik. dulu saya free hair. saya sosial. tapi tak mustahilkan orang boleh berubah? this is reality. i should face it without fear. saya dah berubah bertudung dan saya lagi suka duduk rumah daripada keluar berjalan. bila saya kongsi ilmu agama, semua dok mengata. weh, kita dalam dunia ni kena terus berdakwah kalau rasa diri tu umat Nabi Muhammad SAW. kita belajar, kita kongsi.
saya tak faham dengan manusia sekarang. bila kita cakap pasal agama, dicakapnya kita berlagak baik berlagak alim. tapi bila kita cakap kasar, dicakapnya kita perangai mcm apa. jadi apa yang manusia nak sebenarnya? saya betul-betul tak faham.
jangan jaga tepi kain orang selagi orang tu yang mintak tolong dengan kita. buat apa tabur fitnah? sedangkan kita tak tahu apa-apa. saya mengaku saya tak suka dengan orang yang dekat depan orang dia lain dekat belakang orang dia lain. saya dah jumpa banyak. ye, memang terdiri dari kawan2 saya. mereka tak tahu, tapi saya tahu dari. saya sendiri dah kena. tapi apa boleh buat kan? saya takada hak atau kuasa apa2 pun nak ubah melainkan diri kita sendiri.
apa yang saya nak cakap, inilah kehidupan. selagi nyawa ada dalam badan, selagi itulah kita di uji denganNya untuk tahu sebesar mana iman kita padaNya. sekuat mana cinta kita padaNya. serahkan yang baik dan terbaik pada Allah. sebab Allah menyanyangi orang yang baik :) berbaik sangkalah pada Allah walaupun dugaan, ujian sangat hebat kita rasakan. percayalah, setiap derita akan dibalas dengan kebahagiaan asalkan kita tak pernah lupa pada Allah SWT :)
Lots Of Love,
SueSmsl
Ramadhan
Wednesday, July 25, 2012
ASSALAMUALAIKUM
nahhh! hi assalamualaikum bloggers ;) how's life? fine? Alhamdulillah, amin. so me tahu lambat dah sebenarnya nak ucap selamat menyambut bulan ramadhan. but who care? hahaha. nak buat jugak entry pasal Ramadhan ni. sebab? ni bulan yang buat sebahagian umat islam tak sabar dan gembira nak sambut. eh? sebahagian je? mana yang lain? yang lain tu dia akan kata "biasa je bulan puasa ni. macam bulan2 yang lainnya" well, orang yang cakap mcmni ada lah umat yang tktahu menghargai bulan Ramadhan. boleh bayangkan perasaan Rasulullah bila dgr umat baginda ckp mcm tu? MasyaaAllah.
nampak ustazah suriyati dah keluar? hengko jangan maing maing dgn suriyati sekarang. suka cakap panjang berjela-jela mengalahkan orang perpidato. selagi si sue ni mampu bercakap dan merepek selagi tu lah dia tak akan berhenti.. sama lah mcm apa yang dia tengah buat sekarang ni. merepek. eh? okay. hahaha
dalam bulan Ramadhan ni lah kita cuba cari sebanyak mungkin pahala. di minggu pertama bulan puasa, kita cari rahmat Allah. dekatkan diri dengan Allah. rajinkan diri kunjung rumah Allah. di minggu kedua, kita cari kemaafan daripada Allah SWT. bila kita dah dapat rahmat Allah, kemaafan dari Allah maka dalam minggu ketiga kita cari pembebasan dari Allah. bebas apa? bebas dari segala dosa agar nanti waktu raya kita lahir seperti bayi yang tak mempunyai dosa. subahanallah.. sayangnya Allah dengan kita. bagi kita peluang.
cuma satu bulan dari 12bulan. kita didik diri kita di bulan ramadhan. sucikan hati lepas 11bulan syaitan mendidik kita agar jauh terpesong dari jalan Allah. astagfirullah. jadi kawan, jangan sesekali mengeluh dan mohon bulan yang penuh keberkatan ni berlalu cepat. belajarlah menghargai.
kurangkan masa dengan kekasih hati. luangkan sebanyak mungkin dekatkan diri dengan kekasih kita yang abadi iaitu Allah SWT :) insyaAllah, Allah akan mendengar dan melihat perbuatan baik kita dan membalasnya dengan perkara yang baik. Amin
Alhamdulillah, sepanjang 5 Ramadhan ni, terawih penuh tak tinggal siap dengan witir sekali :) insyaAllah sampai 30 Ramadhan kalau boleh nak habiskan separuh masa waktu malam dekat surau.
so okay, cukup lah tu berpidato. maafkan saya kalau ada tersilap atau tertypo. emm tiba masanya nak buat ucapan dekat semua orang yang saya sayangi..
TO MY BELOVED FRIENDS :
Hi kawan :) Selamat Berpuasa ye. maafkan salah silap saya. tahu saya ni comel sangat sampai kadang selalu buat awak jealous dengan saya then sakit hati sebab awak tak boleh terima yang saya comel. hahaha. okay gurau. so guys, i really hope dapat buka puasa sama-sama even tho harapan saya dapat puasa ramai-ramai sangat tipis. yelah, tinggal pun dgn adik mak ayah je. klau buka puasa dgn kawan nanti siapa nak teman mak ayah adik kan? ye saya memang anak dan kakak yang baik. hehe. jadi gunakan lah masa yang ada dengan melakukan benda yang baik-baik okay kawan? insyaAllah, Allah akan bagi rahmat dekat kita. Amin. so puasa jangan tension-tension. make it easy and live for it. senyum jangan lupa ye. jaga lidah dan tebalkan kesabaran ;)
TO SAYANG :
Hi Sayang :) siapa? awak lah siapa lagi. so Selamat Berpuasa okay?tahun ni mesti lain gilakan untuk awak? puasa dekat tempat lain dan yang pasti bukan "rumah" awak. so enjoy your Ramadhan there. busy mcmana pun awak, jangan pernah letak alasan itu untuk tak solat terawih wlaupun cuma sunat and for me this Ramadhan sangat lain. because of what? awak takada kat rumah. dan kita takdapat OTP lepas sahur. buka puasa pun lain. biasa kita text kan? takpun call kejap-kejap. but now semuanya lain. awak pun makin lama makin busy. i'm okay, insyaAllah. then..... i hope everything gonna be okay like before. hanya Allah yang tahu mcmana besarnya rindu saya dekat awak. you know what, everyday saya ingat dekat awak. even saya tak msg awak apa lagi call awak. even awak selalu lupakan saya, selalu ignore saya. tapi saya takpernah lupa untuk pastikan awak dah bangun sahur. even cuma dapat text pendek. it's okay. so take care there baby. good luck whatever you do. so, okay then. i love you. assalamualaikum.
Lots Of Love,
SueSmsl
Apa yang saya rasa
Wednesday, July 18, 2012
ASSALAMUALAIKUM
kalau awak tak suka cakap.
kalau awak menyampah cakap.
kalau awak rimas cakap.
just tell me whatever you feel. am i too fool because i'm still waiting for you? i guess yes i am. ugh. this is so funny. seriously, no joke. i just hate my self because i can't stand strong sometimes. yelah, kadang bila dah tak dapat nak tahan rindu dalam dada tu apalagi kalau tak menangis kan? tears so close with me. umph.
well, saya sekarang tengah bermain dengan ego. saya kena tegas sikit katanya. but okay, i admit kadang saya kalah dengan ego sendiri. maynnnnnn! ego lelaki tinggi kot. mcmana nak lawan? emmm, kadang tu adalah tergerak hati nak call but bila dah call bunyi satu bip je terus letak. you know what make me feel so so sad? NO RESPOND !! what a sad life weh.. that's why i hate my self. but sometimes i love my self. eh? apa? tak faham? lantak. asalkan abah sayang :p *tetiba* =.='
saya buat apa yang saya rasa saya mampu hadapi. faham tak? tak? okay wuteva. saya tahu Allah takkan bagi dugaan kalau saya tak mampu hadapi dugaan tu. dah saya tahu Allah amik orang yg saya sayang sekarang dan gantikan dengan yang lebih baik. kena percaya dlm diri yang Allah selalu berikan yang terbaik :)
saya tahu satu hari nanti saya akan menangis saya akan sedih sesedihnya sbb org yang saya sayang akan pergi. jadi sbb tu saya kena simpan semua kekuatan tu dari sekarang.
saya cuba. selagi boleh, saya akan terus cuba. klau awak semua nmpak saya meroyan tu mknanya saya lemah dan cuba cari kekuatan yang hampir hilang. bukan bermaksud saya give up untuk terus bertahan. well, saya yakin yang saya cukup kuat. jadi sbb tu Allah uji saya sekarang.
kawan yang betul2 sayangkan saya, yang betul2 hargai saya. dia akan sedar perubahan saya. dan ya, tadi dlm kelas kawan yg sayangkan saya sedar perubahan saya. dia tegur "kau kenapa sue gelak mcmni? kuat pulak tu. kau tkpernah kot gelak kuat mcmni. ada problem ke?" gaya mcm dia main taram. but serious, muka dia betul2 serious. saya gelak, gelak dan terus gelak untuk menggelakkan diri dari terus sedih dan menangis. tapi bila sampai rumah.... saya jadi orang lain. saya jadi seorang yang emo dan cepat terasa.
mcm taknak balik dari sekolah. mcm nak terus duduk kat sekolah. habiskan masa dengan kawan2. sbb rasanya itu lebih baik daripada saya termenung aja kat rumah. takada nak happykan saya kecuali baby comel saya. nak tau siapa? nah gambar
nawwwh~ comel kan? mcm makcik dia kan? ugh. sayangnya dekat dia.. dia ni lah peneman bila saya tengah bosan. bila saya tengah menangis, tenung muka dia then dia panggil nama pastu dia senyum. confirm lepastu saya tak nangis dah. hihi
emmm.... saya rasa saya dah buat karangan cukup panjang. lepas lah ni untuk jawab exam. tapi exam nanti 350patah perkataan. insyaAllah lah ya saya cuba pertingkatkan bahasa.
PENGAKUAN BERANI MAMPUS A.K.A MATI A.K.A DIE :
emm, awak. ye awak lah siapa lagi. for a second, third, forth until a billions times. i'm so sorry for being so emotional. well, when i'm at home i feel like emmm mcmana eh nak cakap? emm haa! jadi sensetif gila. cepat terasa, cepat sakit hati, cepat merajuk. but believe me dekat sekolah i'm being so hyperactive. tak caya tanya kawan saya! serious, bila awak mula reply sepatah-sepatah saya rasa bersalah. in the end last conversation kita tergantung and complicated kan? serious, saya rasa bersalah. awak dah sanggup dgr semua masalah saya. sanggup bagi nasihat. but me? marah tetiba. touching tetiba. so sorry okay? i admit that i'm feel soooooooooo BOSAN bila awak tak ada. uhm uhm. mesti awak dah sengih2 kan? halaaah. mcm tu baru anak abah!
thanks for being so caring lah awakkkkkkkkkk! ehehehehehe *kenyit mata*
nanti saya belajar masak, saya hantar makanan sikit dekat awak eh? jangan marah2 nanti lambat dapat jodoh *tetiba* apa pun. dari hujung hujung hujung hujung rambut tu kan, sampai lah hujung kuku jari kaki tuuu. saya minta maaf. maafkan saya teneneneng maafkan saya *lagu pendekar bujang lapok* okay jom pakai telekung solat jemaah. eh? okay dah. bye :)
*atas tu untuk anak angkat abah :p ahaha. so okay, bye! Assalamualaikum
*LAMBAI TANGANG* BYE ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!! :) TERIMA KASIH DAUN KELADI, ADA MASA DATANG LAH LAGI :)
Lots Of Love,
SueSmsl
To Be Honest
Sunday, July 15, 2012
ASSALAMUALAIKUM
hi awak!! rindu saya tak? alhamdulillah, ada pun yang rindukan saya :) nah ice cream kit kat *hulur* sedapkan? tu ice cream fav saya ;)
okay awak, saya update ni pun sebab nak luahkan perasaan. dah puas menangis atas sejadah. dah puas berdoa. rasa tenang. mungkin. okay, pasti. eh apa ni? k merepek -.-
ya saya mengaku. sakit sangat rasanya berdiam diri macam ni. saya tak msg dia apa lagi call dia. nak tgk dia cari saya atau pun tak. saya tak pernah buat mcmni. sbb saya lagi suka call dia then bincang even waktu tu saya yang sakit hati dulu. tapi kali ni, saya cuba belajar tawarkan hati sbb ada orang nasihatkan saya
"tak guna menangiskan org yang belum tentu kita miliki selamanya"
okay, saya cuba jadi lebih matang. saya akan diam. dan tunggu apa reaksi dia yg berikutnya. dan akhirnya cuma ada pasa saya je keputusan apa yang akan berlaku kemudian hari. saya tahu ramai lagi lelaki dalam dunia ni. dan saya tengah yakinkan hati saya yang saya akan jumpa cinta sejati saya kemudian hari. mungkin perlu banyak bersabar. saya kena pilih jalan yang sakit dulu untuk smpai ke jalan yang indah dan tenang.
saya percaya pada diri sendiri. saya boleh hadapi semua kemungkinan. ya, mungkin saya akan menangis. sbb air mata adalah teman sejati saya. mmg dari kecik pun, mak yang cakap saya kuat menangis -,- okay okay. jadi... saya perlukan sokongan bukan cuma biarkan saya dan tengok saja.. saya masih perlukan nasihat dari org yang pakar terutamanya "awak"...
untuk "awak" . saya mengaku saya senang kenal dgn awak. saya rasa mcm bila saya bercakap dgn awak automatic saya boleh ketawa dan saya akan berhenti menangis dengan sendirinya. awak macam perempuan dan lelaki. awak saiko saya, awak nasihatkan saya, awak sedarkan saya. awak lawak dan awak baik. saya rasa mcm beruntung dapat kenal dgn awak.
mula-mula dulu rasa mcm kita kawan rapat. bergurau senda siap ada yang nak jadi anak angkat abah kan? tapi sekarang. saya rasa lain sbb masalah yang saya ceritakan dekat awak. jujur, kadang saya rasa kecewa rasa kecik hati. saya sendiri tktau kenapa. sbb inilah yang saya rasa. saya pun pelik kenapa...
kalau awak nak saya stop kacau awak, stop contact awak, rimas setiap kali dgr saya merungut okay saya cuba even saya dah rasa selesa gila dgn awak. awak mcm abang saya, awak mcm kakak saya, macam kawan saya... kadang mcm saya punca semua ni jadi. sbb tulah, kalau awak nak saya undur diri dan tak selesa dgn awak... saya pergi. jadi mohon, maafkan semua salah saya ya? percayalah. awak memang TERBAIK :') terima kasih atas semua nasihat awak. saya cuma simpan dalam2. jauh dalam hati saya. sampai bila2 saya akan ingat semuanya. terima kasih ya anak abah? =)
so the end luahan perasaan. maaf kalau ada tersalah eja atau terkasar bahasa smpai hati awak rasa dicucuk. sungguh saya takada niat pun... okay, assalamualaikum semua! syukran. terima kasih kerana membaca ;)
Lots Of Love,
SueSmsl
The New Me
Wednesday, July 11, 2012
ASSALAMUALAIKUM
i'm proud to be a new me. alhamdulillah i can face all the problems. i'm promise that i'll never cry again. to be honest, saya takut menangis sekarang ni. kalau boleh tahan air mata, saya akan tahan semampunya. janji dengan diri sendiri lepas ni takkan menangis dah. taknak kelihatan lemah. saya takut ada sesuatu yang terjadi kalau saya lemah. jadi saya dah set dalam minda, yang saya takkan lemah. takkan menangis. cukuplah saya sia2 kan air mata untuk perkara yang tak masuk akal. yang lepas biar lepas. saya cuma ikut rentak hidup saya. dan ikut cara addie jalankan hubungan ni.
i need someone who can treat me well. i need someone who care about me. i need someone who can make me laugh out loud. i need someone who miss me and will make anything to show the longing. i need someone who can made me smile before i sleep. i need someone who can do anything and everything for make me smile again after i'm crying. i need someone who truly love me. and i need someone can made my day without no tears....
bangga dengan diri. sekarang lebih suka zikir dulu lepas solat. saya memang tak ada semangat lepas apa yang jadi dalam 3hari ni. saya rasa dunia saya kucar kacir. but i try my best untuk tetap tenang.
saya akan ingat "jangan nangis sebab "mereka" suka dekat orang yang lemah semangat" memang bangga dengan perubahan yang saya sendiri dapat rasa. saya penat. serabut bila saya fikir semua masalah. jadi saya taknak campur adukkan semuanya. bila saya tak mampu wlaupun saya dah cuba, saya tawakal.
saya memang tak guna sebelum. saya tak pandai jaga orang yang saya sayang. sampai dia makin jauh. tapi kalau saya tetap kejar macam takada guna sebab dia tetap menjauh. saya taknak berharap. saya belajar tawarkan hati. saya ada cinta pertama. saya belajar merindu, saya belajar bersabar, saya belajar menghormati dan memahami dari cinta yang satu ini. tapi kalau Allah tak restui bertahan lah selama mana, menangislah sebanyak mana tapi kalau Dia kata tidak.. ianya takkan terjadi.
sooooo, saya taknak berharap lebih. mak ayah letak harapan yang tinggi dengan anak dara yang tinggal satu ini. saya taknak kecewakan mereka. saya sayang mak ayah.
saya tak lemah cuma saya tengah mencari kembali kekuatan saya yang makin rapuh..... insyaAllah.
Dear Sayang,
i'm sorry for being so rude. i'm sorry sebab saya terpaksa buat mcmni. saya tahu saya dah tak mcm dulu. saya tak ada misscall awak, ganggu awak. fahamlah sayang, saya cuba untuk tawarkan hati saya. sebab saya takut terjatuh sampai saya tak mampu lagi nak berdiri. sebab saya tak yakin ada orang yang boleh memulihkan semangat saya. takkan ada yang faham saya. sayang, percayalah. kalau jodoh kita kuat, lari lah sejauh mana kita pasti akan jumpa balik walaupun dlm keadaan yang terpaksa. kita reda ya? kita banyakkan berdoa Allah tunjukkan kita jalan yang terbaik.
saya nak awak berjaya. saya nak awak capai cita-cita awak. saya taknak jadi penghalang untuk masa depan awak. saya boleh jaga diri saya. mungkin bukan dlm keadaan berdiri teguh. tapi saya cuba walaupun dalam keadaan merangkak :') awak jangan rasa bersalah sbb takdapat menghargai saya sepenuhnya. cukuplah dgn kasih sayang awak selama ni. saya dah pun rasa dihargai sepanjang percintaan kita.
akhir sekali, saya sayangkan awak. terima kasih atas kasih sayang. terima kasih atas semua rasa. hanya Allah yang tahu betapa besarnya sayang saya. jaga diri, jangan tinggal solat. saya doakan yang terbaik untuk awak :') for the rest of my life you're my first love. assalamualaikum
Lots Of Love
SueSmsl
Kena Tipu
Saturday, July 7, 2012
ASSALAMUALAIKUM
kau dah ajak team kami main netball. penat-penat bangun pukul 6 lebih. dengan semangat nak pergi Gombak main netball dekat sana. rushing terkejar sana terkejar sini. naik tren buang duit RM1.40. then bila dah jimbit tunggu last-last tak jadi pergi? the hell you know? shits.
at least msg lah kan. kalau dah kedekut nak mampus nak call bagitahu yang takjadi main. ni kami yang di invite kami pulak yang kena menunggu. kami pulak yang sakit hati. kami pulak yang terover-excited nak perginya. padahal yang invite tu ada qiamulai kat sekolah. tahu sekolah apa? ASRAMA! tak mcm gampangan tak?
dengan muka penat bangun pagi. lepak mcm takada function kat pasar muhibah tu. sebaik ada mamat handsome *k gatal* lepas makan mcm lifeless gila pusing pasar muhibah tu. dengan takada guna langsung bangun pagi balik tahan muka seposen depan mak. kalau mak cakap "kesiannya anak aku" tu boleh diterima pakai. tapi kalau dah kena bantai gelak dengan adik-adik sekali? mahu tak bad mood.
lain kali kalau dah berjanji sila ye sila. ingat janji tu. kang tak pasal ada yang makan terajang 5pasang kaki.
eh manada sakit hati kena tipu kan. manadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. tak nampak ke tengah buat peace tu? comel kan? haa tahu... budak comel memang suka kena tipu kan. kami nak game bukan nak kena game. bencinya lahai bila jumpa manusia yang menyusahkan ramai orang gini. rasa mcm nak cium cekik-cekik je biar sedar sikit. ish
k sebelum saya mengumpul banyak dosa dan awak semua memandang rendah kat saya yang serba comel ni baik saya stop. kbye, assalamualaikum. ingat tau jangan jadi munafik! dosa!
Lots Of Love
SueSmsl
HOLLA
ASSALAMUALAIKUM
hi assalamualaikum :)
so here's my new skin baby blog :) cool kan? yeah, i know. so thanks :p ahaks. act, i didn't change my header. sebab apa? i love my header. Pretty-Licious :) pretty outside and inside. i love the themes "BLUE & PINK" sweetkan? nice combination colour.
so what else? emm. so okay, i don't have any idea to type.
oh ha, my addie dah balik rumah. but only for 3days he stay at home. dammm man dammm. jangan lah balik lagi :( i need you.......... okay gedik.
and yes, kawan-kawan yang comey comey yang cantik-cantik yang baik-baik budi serta bahasa juga akhlak nya.. minta doa kalian untuk students SMK DATO' AHMAD RAZALI agar sentiasa dalam keadaan baik dan di lindungi oleh Allah SWT. nak cerita takut, cuma mintak doa nya aja ;)
aha! siapa tahu guna playlist yang comel lote tu? sila ajarkan saya -__- sebab saya sooo lame tak tahu mcmana nak cari code dia. so please please, anyone? tsk tsk tsk *lap air mata*
tu jelah, kering otak. see you next entry *kenyit mata* bye assalamualaikum!
Lots Of Love,
SueSmsl
Happy Monthsarry
Thursday, July 5, 2012
ASSALAMUALAIKUM
SATU TAHUN
SEMBILAN BULAN
i try to be a good human. i'm just me. tahu. banyak sangat dosa aku. tapi apa yang aku cuma boleh buat setiap hari Allah ampunkan doa aku. salam nisfu sya'aban. andai nama saya ditulis untuk meninggal pada tahun hadapan, ampunkan semua salah dan dosa saya :') kita tak tahu ajal kita bila. yang pasti ianya akan berlaku bukan? saya takut masih ramai bencikan saya sebab masa lalu saya. sebab itu lah, saya rendah segala emosi saya, segala ego saya, susun sepuluh jari. mintak ampun...
dan kepada raka-rakan satu sekolah dengan saya. pasal 'mereka' yang muncul dalam kalangan kita. minta lah pada Allah yang Maha Esa jauhkan 'mereka' daripada kita. insyaAllah kita akan terselamat dalam lindungan-Nya :') saya cuba sebaik mungkin untuk jadi penghibur rakan saya yang terkena. insyaAllah, saya akan terus doakan awak semua...
dan yang terakhir...
Hi Assalamualaikum Addie Danial Nik Haris :)
apa khabar ya awak? sihat? harap-harap lah sihat aje. ekhem. awak.. even setiap hari awak busy.. even masa awak semakin sikit untuk saya kebelakangan ni.. takapa, saya faham. faham sangat situasi awak sekarang. saya bukan jenis suka memaksa. apa lagi mendesak. apa lagi mengungkit. tapi kalau dah janji mmg seksa saya ungkit. ahaha.
awak.. saya sayang awak. sayang awak sebagai kawan, sebagai abang, sebagai kekasih hati, sebagai bakal suami insyaAllah. saya bukan seorang perempuan yang auta depan orang ramai. ada yang cakap "dia bukan bf saya" tapi bersayang-sayang mengalahkan orang dah bersuami. awak... kita dah kenal lama. saya kenal awak, awak kenal saya. kita kenal diri masing-masing yang orang lain tak pernah tahu pasal kita. mcm-mcm saya dah rasa selama saya dengan awak. sakit... bahagia.. saya dah rasa. ada sampai satu saat tu saya terjatuh sampai saya tkmampu nak berdiri. tapi atas berkat doa, Allah pinjamkan saya satu kekuatan untuk pertahankan semuanya.
awak rindu saya tak......? saya rindu dekat awak...
saya harapkan saya lah yang terbaik. saya lah yang menyempurnakan hari awak. hari-hari saya doa agar kita diberkati dan dirahmati. saya selalu cuba tebalkan benteng kesabaran saya. dan Alhamdulillah saya mampu.
saya pun mcm perempuan lain. cuma mintak dihargai, diperlukan, disayangi dan dicintai.... saya sama je mcm perempuan yang suka luahkan perasaan dia dekat awak pasal boyfriend dia. apa yang perempuan tu rasa, itulah saya rasa. saya rasa sakit, sedih, kecewa, semua yang manusia biasa rasa. saya pun rasa lah awak... saya diam, saya selalu maafkan awak itu tkbermakna saya lupakan semuanya. cuma saya beralah untuk tak memanjangkan masalah...
jadi, tepat 5hb July 2012 tarikh rasmi awak anggap saya orang yang istimewa buat awak. dan sekarang perkenalan kita dah pun Satu tahun Sembilan bulan apa yang mampu saya cakap... saya bersyukur sangat. saya bahagia wlaupun ada sikit rasa sedih dlm hati. saya hargai semuanya yang terjadi. saya sayangkan awak... semoga hari-hari indah untuk kita akan ada.. cuma perlu sabarkan hati kuatkan hati :') insyaAllah akan ada pelanginya....
jaga diri, saya sayang awak. jangan lambat makan. jangan tidur lambat. bila penat, rehatlah jangan paksa diri turun.... saya masih pegang janji saya dekat awak smpai sekarang. dan saya harap awak pun :')
SUE
LOVE
ADDIE
HEY BOY, I LOVE YOU AND HAPPY MONTHSARRY ONE YEAR NINE MONTHS K BEBI :*
YOU'LL BE MY FAVORITE BOYFRIEND LAH NIK MUHD ADDIE DANIAL NIK HARIS!
so that's all, bye assalamualaikum :)
Lots Of Love,
SueSmsl
i love you
Sunday, July 1, 2012
ASSALAMUALAIKUM
ME
kau tahu tak.
aku selalu rindu kau.
aku selalu ingat kau.
aku selalu weh selalu sangat nangis pasal kau....
bodohkan bunyi dia?
tapi aku nangis pun sbb aku rasa mcm rindu sgt dkt kau.
aku ni, aku selalu risau kau dekat sana :(
LOVE
kau tahu tak weh.
aku sayang gila dekat kau. gila punya sayang.
kalau aku tak sayang kau,
confirm kita takkan kekal smpai skrg.
jadi klau kau pun sayang aku,
tolong weh tolong,
hargai aku. sayang aku selayaknya.
YOU
bagi aku. kau penting.
lepas family aku, kawan aku, kau lah yg paling penting.
kau ajar aku mcm2 rasa.
kau ajar aku erti bahagia,
kau ajar aku erti sabar,
kau ajar aku erti menghormati,
kau ajar aku erti rindu setengah mati.
sumpah, KAU dah warnakan hidup dgn mcm2 rasa :')
YES, ME LOVE YOU ADDIE DANIAL NIK HARIS!
Lots Of Love
SueSmsl
Loves.....
Saturday, June 30, 2012
ASSALAMUALAIKUM
saya tak tahu samada ini betul atau tak. mungkin ada setengah kata ya. setengah kata tak. terpulang pada pandangan masing-masing okay :)
perempuan bila dia lemah. dia cuba, dia cuba kuat. sekuat yang mungkin. dan yang pasti perempuan taknak menangis. kalau perempuan tak dibekalkan air mata untuk mengubat luka dalam hati pasti dia jadi seorang perempuan yang sama mcm lelaki. ego tinggi dan takkan menangis hal yang remeh. tapi bukan perempuan. kaum wanita lain. dia istimewa :) buktinya? semasa kecil, dia dijaga dan dilindungi oleh ayah dan selepas dia berkhawin dia dijaga oleh lelaki juga tetapi lelaki itu suaminya :) betapa sayangnya Allah pada kaum wanita. jadi kenapa lelaki masih takpernah nak mengerti?
ya, memang ada perempuan yang sangat kuat terlalu kuat. tapi dalam diam, hati dia dah betul2 menangis. hati dia betul2 hancur. kita takkan tahu disebalik senyumannya, disebalik gurauannya. tersimpan seribu rasa dalam jiwa.. semua perempuan berhati lembut. sebab? dia mempunyai satu sifat, sifat keibuan :) satu hari nanti dia akan menjadi ibu. akan menyayangi anaknya dengan sepenuh hati. jadi? takada perempuan yang hatinya akan selamanya keras mcm batu.
lelaki.. cuba lah selami hati sang perempuan. kenali dia baru lah cakap "saya sayang awak" tapi bukan cuma untuk sementara, tapi untuk selamanya. lafaskan lah "saya nak awak jadi isteri saya yang sah dunia akhirat" pasti sangat pasti perempuan itu jauh lagi gembira daripada lelaki sebut "saya nak couple dgn awak"
bila perempuan menangis, bukan sebab dia lemah. ingat, bukan sebab dia lemah! tapi sebab dia penat, dia letih untuk bertahan lagi. dia inginkan kekuatan yang baru. dia basuh semua luka dalam hati dia dengan menangis. tanya lah semua perempuan dalam muka bumi ini, selepas dia menangis apa yang dia rasa? dia akan rasa sedikit lega, sedikit lapang berbanding sebelumnya. mungkin tak semua tapi pasti sedikit itu ada :)
wahai tuan tulang rusuk,
hargai lah tulang rusuk kiri mu. sungguh, tanpa tulang rusuk kiri mu pastinya kamu tidak akan sempurna. kamu perlukan tulang rusuk kiri mu. jadi, bila ada yang mencintai kamu sekarang, bila ada yang mengasihi kamu sekarang, bila ada yang menjaga kamu sekarang, hargai dia. berdoalah pada Allah SWT untuk keredhaannya. untuk rahmatnya. kerna? dia yang menentukan kita cuma merancang. jadi mohon lah pada Allah, tak salah kita memohon, tak salah kita berdoa kerana kita tahu Allah itu Maha Pemurah :)
apa yang perempuan inginkan. hargai dia. hargai dia sepertimana dia menghargai orang-orang yang dia cinta. perempuan cuma ingin dilindungi. bukan disakiti. perempuan cuma ingin menumpang kasih, bukan dipermainkan. tulang rusukkan dekat dengan lengan dan hati? maka perlu dilindungi dan disayangi :)
tolong lelaki, tolong lihat hati perempuan yang mencintai kamu. lihat matanya, lihat hatinya. lihatlah dari sinar matanya. ada sinar kasih sayang. lihatlah hatinya, ada sinar ketulusan. sungguh, bila perempuan sudah jatuh cinta. maka dia mencuba untuk menjaga cintai itu. bertahan selagi mampu. kuat selagi boleh. jangan menyesal bila kamu akan kehilangan seseorang yang begitu menyayangi mu. begitu berharap kamu lah imamnya. jangan pernah menyesal bila perempuan sudah tawar hati dan menutup pintu serapatnya untuk awak.
perempuan takkan boleh lupakan cinta yang betul-betul dia jaga walaupun ketika itu dia kehilangan cintanya. perempuan takkan mampu bertahan selamanya kuat bila kehilangan cinta yang dia jaga. percayalah lelaki, bila perempuan kata "saya sayang awak dan cuma awak yang sayangkan. saya nak awak jadi imam saya" maka itu adalah tulus dari hatinya. tulus dan sangat tulus. belajarlah menghargai seseorang sebelum terlambat. belajarlah setia sebelum kita menyesal. belajarlah kerana kita tak mungkin akan selalu mendapat peluang kedua :)
dan yang terakhir, jangan biarkan hati kita terus hanyut dalam zina hati wahai manusia akhir zaman :) ingatlah ada bermacam zina. belajarlah untuk mengetahui zina yang telah Allah tetapkan. mungkin, kita akan dirahmati dan diberkati. insyaAllah, amin :) dan saudara perempuan saya, ingat ni sampai bila-bila tau? Allah turunkan hujan dan kilat. dan menyembunyikan matahari. sebab? Allah nak tunjukkan kita pelangi yang sangat indah :) ingatlah lepas kesedihan pasti ada kegembiraan. bersabarlah, kuatkan hati :)
dah? okay thanks baca tauu :) kalau ada apa-apa comment hantar cbox je k? insyaAllah saya terima dengan hati terbuka ;) bye Assalamualaikum!
Lots Of Love
SueSmsl
YOU SHOULD READ THIS STRANGERS!
Monday, June 25, 2012
ASSALAMUALAIKUM
you know what, i hate people yang suka MENGUNGKIT . lagi-lagi kalau ungkit kisah lama yang boleh buat SAKIT HATI sampai ramai yang rasa sakit dia. that's not funny le. just stop being annoying. seriously, you sooo rude. i thought you baik gila. dan bukan seorang yang suka mengungkit. derr, AKU SILAP BESAR! well, it's like "malu gila kau sue, dah mintak maaf but still they judge you and buat kau sakit hati. maaf kau takada guna" well, ada orang kata "memaafkan seseorang adalah pekara yang paling mulia even kita ada peluang untuk balas dendam" people just said this "saya maafkan awak" stop acting. lagi baik kata "aku tak boleh maafkan kau sebenarnya" daripada menipu then jadi orang munafik habissssssssssss.
semua orang tahu yang SEMUA ORANG BOLEH BERUBAH and why me tak boleh kan? like i always said. i'll be so nice when people being so nice with me. baru fair and square kan? aku bukan nak gelabah or what cuma kalau mengungkit benda yang menyakitkan hati ianya sangat lah sensetif bagi aku.
aku memang senang gila maafkan orang then berlagak mcm tak pernah jadi apa-apa. aku memang macam tu. sebab aku malas nak mengungkit then nak kenang-kenang. buat sakit hati. baik tak payah kan? bikin serabut. tapi kalau orang yang dah aku maafkan tu dok sibuk mengungkit. memang sakit hati dia jangan cakap besar mana lah kan. elok-elok dah tak menyampah jadi segunung menyampah dia.
well aku dah putuskan kata muktamad en. sekarang tak macam dulu. aku suka main-main. tapi sekarang, sorry to say ah. bila aku cakap aku taknak kenal and taknak amik tahu, memang sampai bila-bila pun aku takkan pernah ingat lagi.
and one more thing, aku tak marahkan sesiapa pun sebenarnya. aku okay. yes, tapi itu mula-mula lah. mula-mula lagi sebelum ada yang ungkit cerita. tapi sekarang? sendiri fikir lah.
i believe Qada' Qadar Allah. takpe watlek watkiut siapa yang seronok tengok aku mcmni. because you're not on my shoes. nanti bila kau dah ada kat tempat aku. baru kau ingat aku. and baru kau tahu mcmana sakitnya aku. then, sampai sini. sampai sini cerita paling bangang aku pernah taip and lepas ni aku dah taknak kotorkan blog aku cerita pasal orang yang tak reti menghargai.
i'm not acting like i'm perfect enough. aku jadi siapa aku. cuma Allah yang boleh nilai baik buruknya aku. kau cuma tahu nama aku, cerita aku dari orang lain. kau tak rapat dengan aku, kau tak jumpa aku, kau takkan pernah tahu aku macamana. enough said. sorry kalau kasar sangat bahasa aku. emo mengatasi segalanya. i can't hide it. sebab aku pun manusia. sama macam yang lainnya.
bye Assalamualaikum.
Full With Loves
SueSmsl
the truth is
Thursday, June 21, 2012
ASSALAMUALAIKUM
the truth is ....
i can't ignored you... macam awak buat dekat saya... even saya cakap
"ah! lantak kau lah nak buat apa. nak reply ke tak. malas nak fikir"
yes... saya tetap fikir... hati saya selalu gusar bila awak tak msg saya..... lambat reply and something else that make me feel something wrong.....
the truth is .....
i can't hide my sadness... saya tak boleh tahan rasa sedih saya.. even saya cakap
"hahaha! takada pape lah. saya okay je ni :)"
yes.. i'm okay outside.. but dalam hati saya niii... sedih dia, sakit dia cuma Allah yang tahu mcmana... cuma Allah yang tahu apa yang bermain dalam hati ni. takkan ada yang faham apa saya rasa melainkan masalah saya pernah jadi dekat diri dia... sumpah, saya takkan okay bila orang cuma cakap "takpe sue. sabar k. sabar je" you know what? saya dah lama bersabar. jadi sebab tu saya menangis...
And the truth is ...
memang wehh. kalau tengah sedih.. tengah kecewa rasa nak senyum tu macam kena paksa makan ubat batuk yang pahit dia gila meloyakan tekak...
"saya selalu cuba buat orang happy. selalu bagi nasihat. tp bila saya kena masalah..."
yeee. saya meraung jugak. sebab? saya pun manusia macam yang lainnya... kekuatan saya ada hadnya kecuali Allah S.W.T yang kekuatan Dia, kekuasaan Dia tidak terhadkan... kadang malu dengan diri sendiri sbb tak mampu kuatkan hati untuk hadapi ujian Allah.. sumpah, nak berhadapan dgn orang rasa mcm kerdil gila... lagi-lagi depan Allah..
dan yang sejujurnya saya bukan jenis suka meluahkan semua masalah saya, perasaan saya dekat orang... sbb takkan bawak apa-apa makna dan ketenangan yang besar impak dia rasanya... maaf, ini yang saya rasa... saya lebih suka bersimpuh atas sejadah, menandah tangan dan menangis sepuas-puasnya.. walaupun saya tak bercakap tapi saya yakin.... Allah mendengar isi hati saya tanpa perlu saya luahkan menggunakan kata-kata yang mungkin bercanggah dgn perasaan hati :')
saya berhenti sampai sini ye? Assalamualaikum :)
Lots Of Love
SueSmsl


.jpg)
.jpg)


.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



.jpg)
Read the rules first !
Do not copy any code or open the source view pages in this blog.
Goodies and Tutorials
